KANSER DAN WANITA

Kanser Ovari
Halaman Utama
Mengenai Kami
Unit Ginekologi Onkologi Hospital Sultanah Bahiyah . Perkhidmatan yang disediakan
MAKLUMAT LENGKAP KANSER WANITA
Kanser Wanita: Apa yang anda perlu tahu
Pencegahan Kanser Wanita
Rawatan Radioterapi dan Kemoterapi : Apa yang perlu anda tahu
RAWATAN PALIATIF: Apabila kanser tidak ada harapan sembuh
BUKU KANSER WANITA
BUKU HAID
Hubungi kami

PENDAHULUAN DAN APA ITU KANSER OVARI

Kanser ovari adalah salah satu kanser reproduktif wanita yang paling merbahaya dan sukar dirawat. Kanser ovari adalah kanser organ reproduktif yang ketiga paling kerap berlaku di negara kita. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh ”Malaysian National Cancer Registry 2003”, sejumlah 498 kes kanser ovari telah dilapurkan di Semenanjung Malaysia dan jumlah sebenar kes kanser ovari di Malaysia sebenarnya jauh lebih besar dari angka ini. Di antara kanser organ reproduktif wanita, kanser ovari merupakan kanser yang paling sukar dikesan dan mempunyai kadar kematian yang tinggi. Ini disebabkan oleh kesukaran mengesan kanser ini pada peringkat awal dan tidak ada kaedah pencegahan yang berkesan. Pesakit sering datang lewat untuk menerima rawatan dan pada ketika itu rawatan adalah sukar dan kurang berkesan.

 

Kanser ovari sering berlaku di kalangan wanita yang berumur lebih dari 40 tahun. Hampir 50% daripada wanita yang menghidap kanser ovari adalah berumur lebih dari 65 tahun. Di negara-negara Barat, insiden kes kanser ovari adalah paling tinggi di kalangan wanita yang berumur 70-74 tahun. Manakala di Malaysia, menurut lapuran Pendaftaran Kanser Kebangsaan 2003, kadar insiden kanser ovari adalah paling tinggi di kalangan wanita berusia 50-59 tahun. Walau bagaimanapun, kanser ovari boleh berlaku pada wanita-wanita yang lebih muda, malah ada kes kanser ovari yang berlaku pada golongan gadis belasan tahun.

 

JENIS-JENIS KANSER OVARI

 

Kanser ovari boleh berasal dari 3 bahagian kelenjar ovari iaitu selaput ovari (“epithelial”), stroma ovari dan juga dari sel-sel germa (“germ cell”).

 

Secara umumnya kanser ovari dibahagikan kepada 3 kategori :

  • Kanser ovari yang berasal dari selaput ovari dikenali sebagai Epithelial Ovarian Cancer” dan    kanser jenis ini adalah yang paling kerap ( 70-80% dari keseluruhan kanser ovari). Contoh kanser ovari jenis “Epithelial Ovarian Cancer” adalah “Serous cystadenocarcinoma”, “mucinous   cystadenocarcinoma” dan lain-lain lagi.
  • Kanser ovari yang berasal dari stroma ovari dikenali sebagai “Sex cord Stromal Tumour. Contoh   kanser ovari jenis Sex Cord Stromal Tumour adalah “Granulosa cell tumour”, “Sertoli-Leydiq  tumour”, “Brenner tumour” dan lain-lain.
  • Kanser ovari yang berasal dari sel-sel germa dikenali sebagai "Germ Cell Tumour". Di antara kanser ovari jenis ini adalah Dysgerminoma, Yolk sac tumour, Mixed germ cell tumour dan lain-lain.

ovarianatositeca.jpg

Enter content here

caovary.jpg

RUANG INI TIDAK MENCUKUPI UNTUK MENERANGKAN SEGALANYA MENGENAI KANSER OVARI, JIKA ANDA MAHU MAKLUMAT LENGKAP SILA KLIK LINK DI BAWAH.

MAKLUMAT LENGKAP KANSER OVARI

Kanser Wanita