| Unit Ginekologi Onkologi Hospital Alor Star
                                             
 Unit Ginekologi Onkologi Hospital Hospital Sultanah Bahiyah telah mula beroperasi semenjak tahun 2003 dan merupakan satu-satunya
                                             Pusat Rawatan Kanser Ginekologi bagi Zon Utara Semenanjung Malaysia. Pusat rawatan kanser wanita ini menerima rujukan bukan
                                             saja dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang tetapi juga merupakan pusat rujukan untuk zon utara Perak.   Unit Ginekologi Onkologi Hospital Sultanah Bahiyah adalah juga merupakan pusat latihan Subkepakaran bidang Ginekologi
                                             Onkologi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Unit ini terlibat dalam merawat hampir 450 kes kanser setahun di samping memberi
                                             perkhidmatan pembedahan kanser dan juga rawatan kemoterapi. Hampir 700 kitaran kemoterapi diberikan di dalam setahun. 
                                             
 FUNGSI LAMAN WEB INI
                                             
 Berdasarkan kepada pengalaman merawat kanser wanita ataupun ginekologi ini, laman web ini diharap menjadi sumber maklumat
                                             mengenai kanser ini kepada semua golongan samada orang awam ataupun profesional. Dengan maklumat yang tepat dari Pakar di
                                             dalam bidang yang berkenaan, maka langkah pencegahan dan rawatan kanser akan menjadi lebih berkesan. Maklumat yang dipaparkan
                                             adalah berdasarkan kepada fakta dan berlandaskan kepada kajian saintifik yang terkini.
                                             
 |