| KANSER PANGKAL RAHIM (SERVIK)   Dianggarkan seramai hampir 1,600 kes kanser pangkal rahim dilapurkan pada tahun 2003 di Semenanjung Malaysia (Lapuran
                                             NCR 2003). Angka sebenar kes kanser pangkal rahim adalah dijangka jauh lebih tinggi dari angka yang tersebut di atas memandangkan
                                             banyak kes-kes yang tidak dilapurkan. Di samping itu angka yang tersebut di atas tidak meliputi Sabah dan Sarawak. Insiden
                                             kanser pangkal rahim adalah 19.7 per 100,000 populasi dengan bangsa Cina mempunyai insiden yang tertinggi yakni 33.6 per 100,000
                                             populasi, diikuti oleh bangsa India dan bangsa Melayu. Kebarangkalian seseorang wanita untuk mengidap kanser pangkal rahim
                                             di sepanjang hayatnya adalah dari 1 di dalam 28 orang sehingga 1 di dalam 80 orang. Contohnya,kalangan wanita berbangsa Cina,
                                             seorang dari 28 orang wanitanya akan menghidap kanser pangkal rahim di sepanjang hayatnya (lifetime risk).    FAKTOR-FAKTOR RISIKO MENGHIDAP KANSER PANGKAL RAHIM    
                                              
 Seperti yang dinyatakan di dalam bab yang lepas, punca
                                             terjadinya kanser pangkal rahim adalah jangkitan virus HPV dan jangkitan virus ini diperolehi melalui hubungan kelamin. Di
                                             samping jangkitan virus HPV, faktor-faktor lain turut mempengaruhi terjadinya kanser pangkal rahim yakni sistem imunisasi
                                             (pertahanan badan) yang rendah dan juga faktor genetik.  
 Apakah faktor-faktor risiko terjadinya kanser pangkal rahim? Di antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang wanita
                                             itu boleh menghidap kanser pangkal rahim adalah:  
                                             
                                             Hubungan
                                             sek pada usia muda
                                             Jangkitan virus HPV berisiko tinggi 
                                             Merokok
                                             Wanita dari golongan susah ataupun miskin.
                                             Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs, pesakit yang menjalanipemindahan buah pinggang dan lain-lain.
                                             Wanita yang mempunyai pasangan sek yang ramai.
                                             Wanita-wanita
                                             yang tidak menjalani ujian pap smear bolehdikategorikan  sebagai golongan yang
                                             berisiko mengidapkanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawaujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim. TANDA-TANDA KANSER PANGKAL RAHIM   Berbanding dengan kanser organ reproduktif wanita yang lain, wanita yang menghidap kanser pangkal rahim sering dapat mengesan
                                             penyakit mereka pada peringkat awal. Ini disebabkan pangkal rahim terletak di dalam faraj/vagina yang apabila berlaku penyakit
                                             kanser, perdarahan yang berlaku boleh dikesan hampir serta merta. Di kebanyakan negara-negara maju, hampir 75% daripada wanita-wanita
                                             yang dikesan menghidap penyakit kanser pangkal rahim dapat dikesan pada peringkat awal. Walau bagaimanapun , di negara kita
                                             peratusan ini adalah lebih rendah disebabkan oleh sikap dan pengetahuan masyarakat kita yang masih rendah. Apa yang paling
                                             penting adalah, wanita-wanita tersebut perlu segera mendapatkan pemeriksaan lanjut dari Pakar Sakitpuan jika sekiranya terdapat
                                             tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan kanser pangkal rahim.   Kebanyakan wanita yang menghidap kanser pangkal rahim mengalami salah satu ataupun kombinasi gejala-gejala berikut:  
                                             
                                             Perdarahan selepas hubungan sek (“postcoital bleeding“)
                                             Keluar lendir berdarah dari kemaluan.
                                             Perdarahan di pertengahan kitaran haid.
                                             Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid.
                                             Hilang selera makan
                                             Turun berat badan yang mendadak
 LAYARILAH LAMAN WEB MAKLUMAT LENGKAP KANSER WANITA JIKA ANDA HENDAK MENGETAHUI DENGAN LEBIH TERPERINCI MENGENAI KANSER PANGKAL
                                                RAHIM.
                                           |