KANSER DAN WANITA

BUKU HAID DAN PENDARAHAN WANITA

Halaman Utama
Mengenai Kami
Unit Ginekologi Onkologi Hospital Sultanah Bahiyah . Perkhidmatan yang disediakan
MAKLUMAT LENGKAP KANSER WANITA
Kanser Wanita: Apa yang anda perlu tahu
Pencegahan Kanser Wanita
Rawatan Radioterapi dan Kemoterapi : Apa yang perlu anda tahu
RAWATAN PALIATIF: Apabila kanser tidak ada harapan sembuh
BUKU KANSER WANITA
BUKU HAID
Hubungi kami

BUKU MASALAH HAID DAN PENDARAHAN WANITA SUDAH BERADA DI PASARAN !!

Sinopsis Buku Masalah Haid dan Pendarahan Wanita

 

Buku Masalah Haid dan Pendarahan Wanita sudah berada di pasaran. Buku ini membicarakan secara terperinci mengenai apakah haid, masalah-masalah berkaitan dengan haid dan juga haid dari perspektif Islam. Buku ini perlu dimiliki oleh semua kaum wanita khususnya. Bila bercakap berkenaan dengan haid, kita seringkali hanya merujuk kepada masalah pendarahan. Masalah haid sebenarnya lebih luas dan buku ini  membincangkan kesemua masalah yang berkaitan dengan haid seperti sakit ketika datang haid, sindrom premenstrual, pendarahan haid yang tidak normal, tidak kedatangan haid, pendarahan selepas menopaus, darah nifas dan juga bagaimana wanita-wanita dapat melakukan ibadah ketika menghadapi kedatangan haid. Bagi kaum wanita yang akan menunaikan fardhu haji, buku ini amat sesuai kerana ia memperkatakan haid dari perspektif islam , hukum-hukum pendarahan haid, bagaimana mereka dapat menyempurnakan ibadah haji dalam keadaan kedatangan haid dan apakah kaedah dan pandangan perubatan moden mengenai ikhtiar menangguhkan kedatangan haid. Setiap wanita yang memiliki buku ini tidak perlu lagi untuk mendapat rujukan lain jika mereka mencari maklumat yang berkaitan dengan haid. Buku ini juga memaparkan apakah jenis rawatan-rawatan terkini untuk menghadapi masalah haid. Buku ini mengandungi sekurang-kurangnya 75 imej dan rajah-rajah berkualiti yang akan dapat memberi lebih kefahaman kepada pembaca.

Buku Masalah Haid dan Pendarahan Wanita
bukuhaid1.jpg
Buku yang membicarakan semua aspek mengenai haid dan masalah-masalah berkaitan.

Klik di sini untuk mendapatkan buku ini melalui pembelian on line

Enter supporting content here

Kanser Wanita