KANSER DAN WANITA

Kanser Vulva dan Faraj (Vagina)
Halaman Utama
Mengenai Kami
Unit Ginekologi Onkologi Hospital Sultanah Bahiyah . Perkhidmatan yang disediakan
MAKLUMAT LENGKAP KANSER WANITA
Kanser Wanita: Apa yang anda perlu tahu
Pencegahan Kanser Wanita
Rawatan Radioterapi dan Kemoterapi : Apa yang perlu anda tahu
RAWATAN PALIATIF: Apabila kanser tidak ada harapan sembuh
BUKU KANSER WANITA
BUKU HAID
Hubungi kami

KANSER VULVA

 

Kanser vulva ataupun kanser kemaluan luar adalah sejenis kanser wanita yang jarang berlaku di Malaysia, malah ianya juga sangat jarang berlaku di negara-negara lain Asia Tenggara. Kanser vulva lebih kerap berlaku di negara-negara barat. Ini berkemungkinan ada kaitan dengan faktor genetik dan sensitiviti kulit wanita-wanita Barat. Kanser vulva adalah sejenis kanser kulit yang menyelaputi kemaluan luar ataupun vulva. Di Malaysia dan banyak negara-negara Asia Tenggara lain, kanser ini adalah kanser organ reproduktif wanita yang kelima dari segi kekerapan dan merangkumi 3-5% daripada keseluruhan kanser organ reproduktif wanita.

Kanser vulva adalah sejenis kanser wanita yang melibatkan wanita yang berumur lebih 60 tahun. Ianya jarang berlaku kepada wanita-wanita yang muda. Insiden kanser vulva di kalangan wanita yang berumur lebih dari 75 tahun adalah 13 di dalam 100,000 orang wanita setahun.

 

TANDA-TANDA KANSER VALVA

 

Tanda-tanda kemungkinan wanita mengidap kanser vulva adalah seperti berikut:

  • Ketumbuhan yang membesar pada bahagian vulva
  • Kegatalan atau kepedihan yang berpanjangan pada bahagian tertentu vulva.
  • Keluar lendir dan darah dari vulva
  • Jika sekiranya kanser vulva merebak ke saluran kencing, pesakit akan mengadu sakit ataupun sukar  membuang air kecil.

 

KANSER FARAJ/VAGINA 

 

Kanser faraj ataupun vagina adalah kanser reproduktif wanita yang paling jarang berlaku. Kanser ini kerap berlaku di kalangan wanita yang berusia 60 – 65 tahun dan cuma merangkumi 1-2% daripada kanser reproduktif wanita.

 

TANDA-TANDA KANSER FARAJ / VAGINA

 

Tanda-tanda kanser vagina adalah sama seperti kanser pangkal rahim seperti keluar darah, lendir dan ketumbuhan yang dikesan di bahagian dalam faraj.

 

KAEDAH RAWATAN KANSER FARAJ

 

Kaedah utama rawatan kanser faraj adalah radioterapi. Pembedahan cuma boleh dilakukan pada sebahagian kecil pesakit di peringkat awal kanser.

 

MAKLUMAT MENGENAI KANSER VULVA DAN VAGINA BOLEH DIDAPATI MELALUI BUKU KANSER WANITA

Kanser Wanita