KANSER DAN WANITA

Kanser Payudara

Halaman Utama
Mengenai Kami
Unit Ginekologi Onkologi Hospital Sultanah Bahiyah . Perkhidmatan yang disediakan
MAKLUMAT LENGKAP KANSER WANITA
Kanser Wanita: Apa yang anda perlu tahu
Pencegahan Kanser Wanita
Rawatan Radioterapi dan Kemoterapi : Apa yang perlu anda tahu
RAWATAN PALIATIF: Apabila kanser tidak ada harapan sembuh
BUKU KANSER WANITA
BUKU HAID
Hubungi kami

KANSER PAYUDARA ADALAH MASALAH GLOBAL.
Petikan dari buku Kanser Wanita dan Kanser Payudara.

PENDAHULUAN

 

Kanser payudara ataupun buah dada adalah kanser wanita yang paling utama di Malaysia. Menurut laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan 2003, sebanyak 3,738 kes kanser payudara dilaporkan pada tahun 2002 di Semenanjung Malaysia. Insiden kanser payudara di Malaysia adalah 46.2 bagi 100,000 populasi. Golongan yang paling kerap mengidap kanser payudara di Malaysia adalah di dalam lingkungan usia 50-59 tahun. Mengenai insiden mengikut kumpulan kaum, insiden kanser payudara adalah tertinggi di kalangan kaum Cina, diikuti oleh kaum India dan seterusnya kaum Melayu. Kanser payudara ini juga merupakan kanser wanita yang paling utama di negara-negara maju termasuk negara Amerika. Dalam tahun 2006 dijangka sebanyak hampir 215,000 kes baru dilaporkan setiap tahun di Amerika dan  menyebabkan kematian seramai lebih 40,000 wanita setiap tahun. Kanser payudara adalah jarang berlaku pada wanita yang berusia kurang dari 40 tahun, 95% dari kanser payudara adalah di kalangan wanita yang berusia lebih dari 40 tahun. Kanser payudara adalah masalah kepada seluruh dunia. Dikatakan seorang dari 8 orang wanita akan mengidap penyakit kanser payudara apabila mencapai usia 80 tahun.

 

Kanser payudara boleh juga berlaku di kalangan kaum lelaki tetapi insidennya terlalu rendah iaitu cuma 1% daripada keseluruhan kes kanser payudara.

 

KANSER PAYUDARA

 

Kanser payudara adalah kanser wanita yang paling utama dan ianya boleh berlaku kepada setiap wanita pada sebarang umur. Walau bagaimanapun kadar insiden kejadian kanser payudara adalah berkait rapat dengan umur, semakin lanjut usia wanita semakin tinggi kemungkinan untuk mengidap kanser payudara. Pada usia 30 tahun , 1 di dalam 280 wanita berkemungkinan mengidap kanser payudara tetapi pada usia 50 tahun, kemungkinannya meningkat kepada 1 di dalam 40 orang wanita.

 

Secara ringkas, kanser payudara terbahagi kepada dua berdasarkan asal usul sel kanser payudara yakni:

a. Kanser yang berasal dari duktus dinamakan kanser duktus (“duktal cancer”)

b. Kanser yang berasal dari lobul yang dinamakan kanser lobul (“lobular cancer”)

 

Jenis ketiga kanser payudara dinamakan “inflammatory breast cancer” tetapi kanser jenis ini adalah sangat jarang berlaku dan tidak akan dibincangkan di dalam buku ini.  Sebanyak 80% dari kanser payudara adalah dari jenis (a) manakala 10-15% adalah dari jenis (b).

 

GEJALA-GEJALA DAN TANDA-TANDA KANSER PAYUDARA

 

Masalah utama untuk mengenalpasti kanser payudara adalah untuk mengesannya pada peringkat awal. Kanser payudara pada peringkat awal tidak menunjukkan sebarang tanda dan wanita yang mengidapnya tidak mempunyai sebarang gejala.

 

Berikut adalah tanda-tanda dan gejala-gejala yang mungkin menjadi petanda kanser payudara:

 

  • Ketulan pada payudara dan perubahan permukaan payudara yang  menjadi tidak rata.
  • Perubahan pada kulit payudara, kulit kelihatan berbintik, kemerahan  dan keras.
  • Keluar darah ataupun lendir berdarah dari puting susu.
  • Puting susu tenggelam ke dalam payudara.
  • Terdapat saluran darah yang menonjol di permukaan kulit payudara.
  • Luka yang tidak sembuh pada permukaan payudara
  • Terasa ada biji atau ketulan di bahagian ketiak
  • Hilang selera makan dan turun berat badan
  • Tanda-tanda kanser merebak ke organ-organ lain badan seperti ke paru-paru menyebabkan sukar bernafas dan batuk berdarah, sakit tulang, sakit kepala dan lain-lain lagi.

 

breastanatomy.jpg

Enter content here

breastcatype.jpg

UNTUK MAKLUMAT TERPERINCI MENGENAI KAEDAH PENGESANAN, RAWATAN DAN PENCEGAHAN KANSER PAYUDARA SILA KLIK DI BAWAH.

MAKLUMAT LENGKAP KANSER PAYUDARA

Kanser Wanita